Azam 2010


  • Tahun 2010 sudah sampai. Umurku semakin meningkat.mungkin bermacam2 dugaan yang akan datang dan yang akan aku hadapi. Sebenarnya banyak lagi benda yang aku perlu belajar untuk melengkap kan hidup aku sebagai seorang yang masih baru bergelar DEWASA.
  • Tahun 2010 juga akan menguji jalan hidupku seperti kerjaya, persahabatan, keluarga,  percintaaan dan pengorbanan yang akan dilakukan. Oleh itu aku perlu merancang untuk memperkuatkan lagi mutu kehidupan aku.
  • Tahun 2010, aku telah berazam untuk memperolehi kerjaya yang sesuai dan boleh membantu aku untuk meneruskan hidup dengan sempurna tanpa sebarang gangguan dari anasir-anasir luar yang boleh menghanyutkan aku dan kita sebagai manusia.
  • Tahun 2010 adalah tahun yang amat penting bagi aku untuk mula membina keluarga aku sendiri. Aku berazam dan berdoa agar ALLAH mempercepatkan jodoh ku. Aku akan bersedia untuk hadapi semua ini dengan cara, pada tahun ini la aku akan cuba mengurangkan segala kerja2 yang tidak mendatang kan untung atau berfaedah kepadaku dan aku akan mula membuat persediaan untuk masa depan ku."insyallah"
  • Tahun 2010 ini juga amat bermakna untuk aku bersama sahabat2 karib aku. ilma, kamil, faiz, zarif,dan adi. Aku harap segala salah dan silap aku terhadap korang dapat la korang maafkan. Mungkin aku tak sedar yang selama ini aku ada buat korang kecik hati, terasa, tapi percaya la takda sedetik niat pun yang aku hendak sakitkan hati korang.Moga persahabatan kita ini kekal sampai  bila2.Aku berdoa pada tahun ini sahabat2 aku dibuka pintu hati untuk membina masjid antaranya ilma, kamil and adi. Faiz ngn zarif mungkin belum habis study so aku doakan semoga result korang cemerlang, juga kepada ilma and kamil yg turut amik part time study.

  • Tahun 2010, adalah tahun untuk aku buktikan kepada keluarga aku yang aku ni berguna. Aku akan cuba untuk tidak menyusahkan parents aku, aku akan bahagiankan diorang, aku akan buat mereka kertawa, aku takkan biarkan mereka bersedih, aku akan cuba tunai kan impian atau kehendak mereka.MAMA,ABAH, KAKAK and ABANG, I LOVE U SO MUCH. maafkan lah segala salah dan silap ku pada semua. Doakan kesejahteraan ku.

  • Tahun 2010 dalam percintaan, aku memohon maaf sekiranya terdapat banyak kesalahanku terhadapnya.aku akan cuba menjadi lebih berguna padanya, aku akan lebih menyayanginya, aku akan cuba memperbaiki segala kesalahan yang aku telah lakukan terhadapnya. dan aku harap hubunganku dengan nya akan kekal sampai bila2. I love U sayang........
  • Tahun 2010, Akhir kata, aku berharap segala azam dan impianku untuk tahun 2010 dan seterusnya akan tercapai.Semuanya terletak pada kesungguhan hati, ketabahan jiwa, dan kesabaran yang kita miliki.Semoga  2010 memberi seribu makna dalam hidupku, dan bukan sekadar nombor......

Thanks untuk korang yang sudi baca isi hati ku yang agak jiwang ni. maybe ini la tulisan blog aku yang terakhir untuk tahun 2009 ini.