Bowsan & Malas

hai kawan2 semua....sorry la aku dah lama tak mengupdatekan aku nyer blog ni....sebenarnyer aku bowsan dengan bidang penulisan ni la dan ditambah pulak dengan kemalasan tahap maksima....so nanti2 la aku update....semoga korang semua sehat2 selalu....

Family Dinner






Thanks kakak sebab belanja kitaorg dinner semalam. Maybe kakak aku ni baru dapat bonus kot...tu yang nak belanja kami satu keluarga.apa2 pun ok la tu kan, nak harap adik2 die yg belanja "adoiyai" agak la susah dan kitaorg sempat lah menghabiskan masa bersama satu family dinner dekat medam kwan klcc. Makanan kat situ boleh tahan gak la sedap nyer.So kalau korang nak try pun boleh jugak.Lepas makan kitaorg sempat jugak la gi shopping  barang2 baby..maklum la abg and kakak ipar aku ni bakal mendapat anak sulung mereka. Anyway aku happy sangat smlm sebab kitaorg dapat berkumpul smlm. Yer la susah nak berkumpul sama2...masing2 dah ada rumah sendirikan...akhir kata"Sejauh2 kiter berjalan, balik la kita ker pangkuan keluarga..."haha macam ok gak aku nyer pepatah ni....daa...

Azam 2010


  • Tahun 2010 sudah sampai. Umurku semakin meningkat.mungkin bermacam2 dugaan yang akan datang dan yang akan aku hadapi. Sebenarnya banyak lagi benda yang aku perlu belajar untuk melengkap kan hidup aku sebagai seorang yang masih baru bergelar DEWASA.
  • Tahun 2010 juga akan menguji jalan hidupku seperti kerjaya, persahabatan, keluarga,  percintaaan dan pengorbanan yang akan dilakukan. Oleh itu aku perlu merancang untuk memperkuatkan lagi mutu kehidupan aku.
  • Tahun 2010, aku telah berazam untuk memperolehi kerjaya yang sesuai dan boleh membantu aku untuk meneruskan hidup dengan sempurna tanpa sebarang gangguan dari anasir-anasir luar yang boleh menghanyutkan aku dan kita sebagai manusia.
  • Tahun 2010 adalah tahun yang amat penting bagi aku untuk mula membina keluarga aku sendiri. Aku berazam dan berdoa agar ALLAH mempercepatkan jodoh ku. Aku akan bersedia untuk hadapi semua ini dengan cara, pada tahun ini la aku akan cuba mengurangkan segala kerja2 yang tidak mendatang kan untung atau berfaedah kepadaku dan aku akan mula membuat persediaan untuk masa depan ku."insyallah"
  • Tahun 2010 ini juga amat bermakna untuk aku bersama sahabat2 karib aku. ilma, kamil, faiz, zarif,dan adi. Aku harap segala salah dan silap aku terhadap korang dapat la korang maafkan. Mungkin aku tak sedar yang selama ini aku ada buat korang kecik hati, terasa, tapi percaya la takda sedetik niat pun yang aku hendak sakitkan hati korang.Moga persahabatan kita ini kekal sampai  bila2.Aku berdoa pada tahun ini sahabat2 aku dibuka pintu hati untuk membina masjid antaranya ilma, kamil and adi. Faiz ngn zarif mungkin belum habis study so aku doakan semoga result korang cemerlang, juga kepada ilma and kamil yg turut amik part time study.

  • Tahun 2010, adalah tahun untuk aku buktikan kepada keluarga aku yang aku ni berguna. Aku akan cuba untuk tidak menyusahkan parents aku, aku akan bahagiankan diorang, aku akan buat mereka kertawa, aku takkan biarkan mereka bersedih, aku akan cuba tunai kan impian atau kehendak mereka.MAMA,ABAH, KAKAK and ABANG, I LOVE U SO MUCH. maafkan lah segala salah dan silap ku pada semua. Doakan kesejahteraan ku.

  • Tahun 2010 dalam percintaan, aku memohon maaf sekiranya terdapat banyak kesalahanku terhadapnya.aku akan cuba menjadi lebih berguna padanya, aku akan lebih menyayanginya, aku akan cuba memperbaiki segala kesalahan yang aku telah lakukan terhadapnya. dan aku harap hubunganku dengan nya akan kekal sampai bila2. I love U sayang........
  • Tahun 2010, Akhir kata, aku berharap segala azam dan impianku untuk tahun 2010 dan seterusnya akan tercapai.Semuanya terletak pada kesungguhan hati, ketabahan jiwa, dan kesabaran yang kita miliki.Semoga  2010 memberi seribu makna dalam hidupku, dan bukan sekadar nombor......

Thanks untuk korang yang sudi baca isi hati ku yang agak jiwang ni. maybe ini la tulisan blog aku yang terakhir untuk tahun 2009 ini.

Stress




Stress adalah keadaan jiwa yang paling popular di abad ini. Cuba anda ingat-ingat kembali berapa banyak orang yang anda jumpai mengatakan bahwa mereka sedang mengalami stress atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya?
Stress bukan suatu penyakit, tetapi jika anda tidak dapat mengatasinya dalam waktu tertentu, anda akan terkena banyak masalah kesehatan.
Selalunya stress bermula dari tempat kerja antaranya:

- Kondisi kerja yang selalu berada di bawah tekanan
- Ketidakjelasan tugas yang diberikan
- Kurangnya perancangan kerja

- Gaji
- Pengurusan pejabat yang bermasalah
- Teman kerja yang selalu mengganggu.
- dan yang paling buruk, tidak adanya jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah diatas.

Semua masalah ini boleh menimbulkan gangguan kesihatan fizikan dan mental seperti: selalu kepenatan, timbul perasaan marah, tidak percaya pada diri sendiri, tidak dapat memberi sepenuh perhatian terhadap kerja dan juga boleh menjejaskan perlakuan tidak menyenangkan diluar kerja.

Berikut adalah salah satu cara-cara untuk mengatasi masalah stress:
  • Rencanakan dengan baik aktivitas anda
  • bersikap terbuka dan berkomunikasi secara baik sesama rakan
  • Pastikan anda mengerti terhadap tugas dan tanggung jawab anda, serta jangan ragu untuk bertanya.
  • Banyakkan berehat atau bersantai (tapi bukannya mesti selalu terutama ditempat kerja)
  • Bekerjasama
  • Fahami Punca Stress
  • Selesaikan Masalah Satu Persatu.
  • Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai
    berjenaka dan berhiburlah bersama mereka
  • Bersenam Atau Beriadah
  • Menyanyi, Menari Dan Menjerit
  • Curahkan Perasaan Dalam Diari atau rakan-rakan
  • Solat
  • Mengenalpasti Had Kemampuan Diri
  • Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat
    yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang
    mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan
  • Terima Keadaan Seadanya.
  • Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.

Segalanya terpulang kepada anda untuk mengatasi masalah stress ini. Ianya
bukanlah satu perkara yang remeh dan boleh dianggap enteng. Ianya
terlalu berkait rapat dengan mereka di sekeliling kita. Akhir kata “Hidup lebih
ceria jika anda mampu menguruskan stress


Kenangan 2009


2009 tinggal kenangan
Pada tahun 2009 banyak kenangan dan pengalaman yang mungkin aku tak dapat lupakan antaranya;

  • Percutian: 
                 - melaka (Street Team)
                 - kedah, pulau pinang, perlis (Street Team)
                 - bukit merah ( budak2 silat)
                 - langkawi (budak2 Opis)
                 - Genting ( (Street Team), Nana & Orang tersayang)
                 - Bukit Cerakah (Street Team)
                 - Singapore (ilmar)
                 - Perak & Pulau Pinang (dayah, nor, ina, nurul and wanie)
  • Rombongan bersama kawan2 ke Majlis perkahwinan abangku 
  • Perlawanan Bola sepak antara Malaysia vs Manchester United
  • Menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia vs Manchester United di bukit Jalil
  • Menyaksikan semua perlawanan bola sepak Super Cup & F.A Cup Negeri Selangor
  • Kelahiran 1 team futsal baru yang diilhamkan sendiri oleh aku dan rakan2 aku yang lain iaitu "STREET TEAM" 
So aku rasa sampai disini dulu la cerita kali ni.maybe aku akan sambung lagi bila tahun baru sampai.
                

 "Selamat Tinggal 2009"



>Welcome<


Ciri-ciri wanita

Hai budak-budak lelaki,
Disini aku just nak citer serba sedikit tentang ciri-ciri wanita yang kiter mungkin tak sedar:



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Ini semua apa yang aku rasa.aku tak tak la korang macam mana kan.....cuba la...


Erti Persahabatan


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....