Azam 2010


  • Tahun 2010 sudah sampai. Umurku semakin meningkat.mungkin bermacam2 dugaan yang akan datang dan yang akan aku hadapi. Sebenarnya banyak lagi benda yang aku perlu belajar untuk melengkap kan hidup aku sebagai seorang yang masih baru bergelar DEWASA.
  • Tahun 2010 juga akan menguji jalan hidupku seperti kerjaya, persahabatan, keluarga,  percintaaan dan pengorbanan yang akan dilakukan. Oleh itu aku perlu merancang untuk memperkuatkan lagi mutu kehidupan aku.
  • Tahun 2010, aku telah berazam untuk memperolehi kerjaya yang sesuai dan boleh membantu aku untuk meneruskan hidup dengan sempurna tanpa sebarang gangguan dari anasir-anasir luar yang boleh menghanyutkan aku dan kita sebagai manusia.
  • Tahun 2010 adalah tahun yang amat penting bagi aku untuk mula membina keluarga aku sendiri. Aku berazam dan berdoa agar ALLAH mempercepatkan jodoh ku. Aku akan bersedia untuk hadapi semua ini dengan cara, pada tahun ini la aku akan cuba mengurangkan segala kerja2 yang tidak mendatang kan untung atau berfaedah kepadaku dan aku akan mula membuat persediaan untuk masa depan ku."insyallah"
  • Tahun 2010 ini juga amat bermakna untuk aku bersama sahabat2 karib aku. ilma, kamil, faiz, zarif,dan adi. Aku harap segala salah dan silap aku terhadap korang dapat la korang maafkan. Mungkin aku tak sedar yang selama ini aku ada buat korang kecik hati, terasa, tapi percaya la takda sedetik niat pun yang aku hendak sakitkan hati korang.Moga persahabatan kita ini kekal sampai  bila2.Aku berdoa pada tahun ini sahabat2 aku dibuka pintu hati untuk membina masjid antaranya ilma, kamil and adi. Faiz ngn zarif mungkin belum habis study so aku doakan semoga result korang cemerlang, juga kepada ilma and kamil yg turut amik part time study.

  • Tahun 2010, adalah tahun untuk aku buktikan kepada keluarga aku yang aku ni berguna. Aku akan cuba untuk tidak menyusahkan parents aku, aku akan bahagiankan diorang, aku akan buat mereka kertawa, aku takkan biarkan mereka bersedih, aku akan cuba tunai kan impian atau kehendak mereka.MAMA,ABAH, KAKAK and ABANG, I LOVE U SO MUCH. maafkan lah segala salah dan silap ku pada semua. Doakan kesejahteraan ku.

  • Tahun 2010 dalam percintaan, aku memohon maaf sekiranya terdapat banyak kesalahanku terhadapnya.aku akan cuba menjadi lebih berguna padanya, aku akan lebih menyayanginya, aku akan cuba memperbaiki segala kesalahan yang aku telah lakukan terhadapnya. dan aku harap hubunganku dengan nya akan kekal sampai bila2. I love U sayang........
  • Tahun 2010, Akhir kata, aku berharap segala azam dan impianku untuk tahun 2010 dan seterusnya akan tercapai.Semuanya terletak pada kesungguhan hati, ketabahan jiwa, dan kesabaran yang kita miliki.Semoga  2010 memberi seribu makna dalam hidupku, dan bukan sekadar nombor......

Thanks untuk korang yang sudi baca isi hati ku yang agak jiwang ni. maybe ini la tulisan blog aku yang terakhir untuk tahun 2009 ini.

Stress




Stress adalah keadaan jiwa yang paling popular di abad ini. Cuba anda ingat-ingat kembali berapa banyak orang yang anda jumpai mengatakan bahwa mereka sedang mengalami stress atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya?
Stress bukan suatu penyakit, tetapi jika anda tidak dapat mengatasinya dalam waktu tertentu, anda akan terkena banyak masalah kesehatan.
Selalunya stress bermula dari tempat kerja antaranya:

- Kondisi kerja yang selalu berada di bawah tekanan
- Ketidakjelasan tugas yang diberikan
- Kurangnya perancangan kerja

- Gaji
- Pengurusan pejabat yang bermasalah
- Teman kerja yang selalu mengganggu.
- dan yang paling buruk, tidak adanya jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah diatas.

Semua masalah ini boleh menimbulkan gangguan kesihatan fizikan dan mental seperti: selalu kepenatan, timbul perasaan marah, tidak percaya pada diri sendiri, tidak dapat memberi sepenuh perhatian terhadap kerja dan juga boleh menjejaskan perlakuan tidak menyenangkan diluar kerja.

Berikut adalah salah satu cara-cara untuk mengatasi masalah stress:
  • Rencanakan dengan baik aktivitas anda
  • bersikap terbuka dan berkomunikasi secara baik sesama rakan
  • Pastikan anda mengerti terhadap tugas dan tanggung jawab anda, serta jangan ragu untuk bertanya.
  • Banyakkan berehat atau bersantai (tapi bukannya mesti selalu terutama ditempat kerja)
  • Bekerjasama
  • Fahami Punca Stress
  • Selesaikan Masalah Satu Persatu.
  • Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai
    berjenaka dan berhiburlah bersama mereka
  • Bersenam Atau Beriadah
  • Menyanyi, Menari Dan Menjerit
  • Curahkan Perasaan Dalam Diari atau rakan-rakan
  • Solat
  • Mengenalpasti Had Kemampuan Diri
  • Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat
    yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang
    mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan
  • Terima Keadaan Seadanya.
  • Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.

Segalanya terpulang kepada anda untuk mengatasi masalah stress ini. Ianya
bukanlah satu perkara yang remeh dan boleh dianggap enteng. Ianya
terlalu berkait rapat dengan mereka di sekeliling kita. Akhir kata “Hidup lebih
ceria jika anda mampu menguruskan stress


Kenangan 2009


2009 tinggal kenangan
Pada tahun 2009 banyak kenangan dan pengalaman yang mungkin aku tak dapat lupakan antaranya;

  • Percutian: 
                 - melaka (Street Team)
                 - kedah, pulau pinang, perlis (Street Team)
                 - bukit merah ( budak2 silat)
                 - langkawi (budak2 Opis)
                 - Genting ( (Street Team), Nana & Orang tersayang)
                 - Bukit Cerakah (Street Team)
                 - Singapore (ilmar)
                 - Perak & Pulau Pinang (dayah, nor, ina, nurul and wanie)
  • Rombongan bersama kawan2 ke Majlis perkahwinan abangku 
  • Perlawanan Bola sepak antara Malaysia vs Manchester United
  • Menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia vs Manchester United di bukit Jalil
  • Menyaksikan semua perlawanan bola sepak Super Cup & F.A Cup Negeri Selangor
  • Kelahiran 1 team futsal baru yang diilhamkan sendiri oleh aku dan rakan2 aku yang lain iaitu "STREET TEAM" 
So aku rasa sampai disini dulu la cerita kali ni.maybe aku akan sambung lagi bila tahun baru sampai.
                

 "Selamat Tinggal 2009"



>Welcome<


Ciri-ciri wanita

Hai budak-budak lelaki,
Disini aku just nak citer serba sedikit tentang ciri-ciri wanita yang kiter mungkin tak sedar:



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Ini semua apa yang aku rasa.aku tak tak la korang macam mana kan.....cuba la...


Erti Persahabatan


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....


Cinta



Sayang.....
Disaat ku membutuhkanmu
Mengapa engkau tega pergi jauh dariku
Disini ku benar-benar merasa sepi
Benar-benar sendiri

Entah mengapa hatiku selalu gelisah
Ku selalu memikirkan mu
Ku selalu merindukan mu
Tiada lagi yang dapat ku katakan

Ku benar-benar mencintai mu

sayang... janganlah kau pergi dariku
Ku harap kau bisa mengerti semua isi hatiku
Disini, ditempat ini
Kan ku bina cinta yang sejati,

Semuanya hanya untuk mu
Sayang


Saat pertama kali ku melihatmu
Ku merasakan hadirnya aura cinta
Ku tak tau apa yang sebenarnya terjadi
Ku bagaikan orang yang tak berdaya

Saat ini yang ku rasa
Ku sangat bahagia karma biasa mengenalnya
Ingin rasanya ku memelukmu
Tapi ku sadar, itu tak mungkin terjadi

Karna apa?
Karna engkau berada jauh dengan ku

Entah apa yang ada di hati ini
Hati ini menginginkan engkau selalu ada buat ku
Slalu ada di samping ku
Saat ku menangis
Engkaulah yang slalu mengingatkanku
Untuk selalu sabar dan tabah

Ku tau, cinta tak harus memiliki
Karna dengan mengenalmu
Bagiku sudah cukup
Kan ku bawa kau bersama cintaku
Walaupun dirimu jauh dari ku

ku tetap mencintaimu


kau pastinya tau
malam itu gelap
sehingga kau takut untuk keluar

kau juga pastinya tau
jatuh itu sakit
sehingga kau selalu berhat-hati

tapi...
kau harus sadar
siang yang terang
mengintip menantimu dalam kebahagiaan

kau juga harus mengerti
sakit itu mengajarkanmu
mengantarkan pada lembah
kebahagiaan yang kau nantikan

kata-katamu sungguh sangatlah bijak...
hingga mampu membuatku masuk pada bait-bait syair cinta yang kau tuliskan dengan penuh penghayatan...
thanks sayang
ku yakin,diluar sana banyak sekali yang lebih baik yang boleh membahagiakan kau  tapi janjiku akan tetap membahagiakan kau sehingga keakhir hayat ku.



Trip to singapore 03/10/2009 - 04/10/2009

hai kawan2,
aku dah lama tak update blog aku ni sebenarnyer coz bz sangt selalu.
but kali ni aku nak citer sikit pasal trip aku gi singapore.
actually plan aku gi singapore ni bukan la nak gi jln2 pun.tapi nak tgk bola antara selangor vs singapore piala sultan selangor
so sambil aku gi tgk bola tu sempat gak la aku gi jalan2 singapore.lagi pun aku ni baru first time gi saner.
Kiranyer sempat gak la aku ngn member aku sorg ni gi naik MRT singapore kira macam lrt kat kl la, Sentosa Island, Ochard Road and banyak lagi la.
ni gambar2 aku ngn kawan aku kat saner.

ni masa aku nak naik MRT.laju nak mampos tren die.

SENTOSA ISLAND

at beach
jambatan gantung sentosa island
singapore MRT
orchard road


kalau korang nak tau, aku ngn member aku ni bukan tau sangt pun jalan2 kat singapore ni,
tapi kitaorg langgar jerk.main ikut signboard jerk...
tu yang best tu.but yg tak best nyer aku ader ajak kawan aku sorang ni tapi die tak leh nak gi plk pasal takder pasport.dah banyak kali suruh die buat tapi die tak nak.
kamil ko tgk jerk la gambar2 ni k...hehehehe
nest time kiter gi lagi ok..itu pun kalau ko nak wat la pasport tu..
takpun kiter gi honeymoon ker....ok?
so dah la...
ko rang tgk gambar jerk la..
kalau nak tau lebih gi sendiri la...
daa......
~end~


Manchester United , Malaysia & Selangor

Manchester United Vs Malaysia

hi kawan2, jumper lagi,
ni aku just nak kongsi pengalaman aku masa gi tgk man.u vs malaysia tempoh hari,
aku ni kalau korang nak tau memang suka tgk bola tambah2 lagi team kegemaran aku yang main kan, antaranya man.u, malaysia dan selangor.
sekarang ni aku nak citer dulu pasal perlawanan persahabatan antara man.u vs malaysia.
Aku punya la teruja dapat tgk man.u main live depan aku kan.yer la kalau nak gi tgk man.u main kat england memang lama lagi la kot.selalu tgk tv jerk kan.
so bila dapat tau yang man.u ni nak datang wat friendly ngn malaysia aku pun aper lagi taknak lepaskan peluang gi tgk la.
memang seronok sangat la aku dapat tgk player2 man.u dari dekan kan.
Tapi aku nak puji la player2 kita malaysia, memang dua-dua game tu diorang main memang terbaik!!!
Rugi la korang kalau tak tgk,kiranya team malaysia ni skung dah kembali kepada zaman kegemilangan mereka.so aku harap korang dapat la bagi sokongan kepada team bolasepak malaysia lepas ni.
ni aku nak tunjuk korang antara koleksi gambar-gambar masa aku kat stadium.
kami tetap penyokong tetap malaysia
zarif ,qalbi & irwan
Player Man.U


Selangor Juara Liga Super

ni aku nak citer plak pasal game selangor.
kami ni kiranya adalah kelab penyokong selangor(SELANGOR FC)
boleh katakan semua game selangor kitaorg gi tgk.
skrg ni aku just nak bagi tau yang selangor skrg telah menang 3 piala,
Piala Subangseh, Piala F.A & Piala Liga Super.
so selangor tgh mengejar satu lagi kejuaraan Piala Malaysia.
ni plak antara gambar2 masa selangor membelasah Polis 6-1.
so korang semua dijemput untuk menyaksikan perlawanan terakhir menentang pahang sabtu ni 24/july/2009 di stadium shah alam.
saksikan team selangor mengambil piala mereka.
sekian

Lagi gambar-gambar di majlis perkahwinan ida

MAJLIS PERKAHWINAN FARIDAH BT NASIR 11 JULY 2009 MAJU JUNCTION MALL PART 2
dari kiri belakang: rodi@smarties,aku@iwan,fazly@funny,gjan
duduk dari kiri: pija,husband pija namer??, anje ida, ida, moon and bf nyer

Actually aku dah masa aku update blog ni gamba2 ni xder lagi,
ni ha baru dapat dari moon.
ni budak2 kelas aku masa study dulu

budak laki yg ada,yg lain hilang ntah kemana

ni kawan2 yg bakal jadi pengantin lepas ni,amin

1 dara and jeng jeng jeng

so aku rasa dah la kot,kang banyak plak kawan aku kawin letih nak masukkan kan gambar.

SELAMAT PENGANTIN BARU IDA,
SEMOGA PANJANG UMUR DAN CEPAT DAPAT BABY





majlis perkahwinan faridah


MAJLIS PERKAHWINAN FARIDAH BT NASIR
11 JULY 2009
MAJU JUNCTION MALL




Macam 3 Abdul kan....
aku just nak citer sikit pasal perkahwinan kawan aku ni,
actually kwn aku ni namer die ida.die ni budak kolej aku.
kalau korang tgk ni member aku yang pakai baju putih tu.
Mula2 aku sampai jerk kat dewan ni aku dah pelik tgk ada 6 kerusi,
rupa2 nya ada 3 pasang pengantin...kawan aku ni kawin skali dgn kakak2 die.
best jerk kan.
Sebenarnya aku suka pergi kenduri kawin kawn2 aku ni pasal boleh jumper kawan2 lama kan,
best siut aku dapat jumper fazly, gjan,moon ngn rodi..
agak2 dah 2 tahun aku tak jumper diorg ni

banyak la jugak citer2 kitaorg ni.yer la kan dah 2 tahun tak jumper kan,
actually aku just nak citer yang aku seronok sangt dapat jumper kwn2 baik aku masa kat kolej.
fazly skrg study kat UK.skrg ni die cuti summer sampai october ni kot!!!
rodhi plk sambung digree kat cosmopoint.
Gjan maybe rezeki belum ada.so dia balik kg keje biasa2 dulu sambil tolong family die.
kawan2 aku yang lain tak dapat datang maybe sebab jauh2 kan..
so aku rasa nanti aku nak buat satu reunion la untuk jumper balik semua kwn2 aku...
so sampai sini jerk kot.nanti aku akan update kan bila kawan2 aku kawin lagi..hahah
macam aper ntah ayat aku ni...




perjalanan 5 sahabat baik

A'kum,
aku nak citer sikit pasal aku dan kawan2 aku ni.
aku ni ada 4 orang kawan yang sangat baik dan rapat.
ilmar, kamil, faiz, zarif.
kami ni nak kata kawan dari kecik tu takda la, tapi persahabatan kami memang akrab.
semua nyer bermula dari sekolah menengah.
kami ber5 ni satu sekolah dan sebaya.cuma sorang jerk daripada kami senior kami la,
kami ber5 kira kenal dari sekolah menengah la tapi start rapat masa habis sekolah.
pendek kata kemana pergi mesti bersama la.
kami jugak mempunyai hobi dan minat yang agak sama,macam
tengok bola, bercuti, main bola / futsal dan macam2 lagi la.
antara tempat2 yang kami pernah pergi bercuti, macam
genting, fraser's hill, pulau perhentian, penang, perlis, kedah.
dan kami juga akan buat plan baru untuk tahun ni untuk pergi lebih jauh bersama.
kami 3 org kerja dan 2 student.
so apa2 activiti yang kami nak buat selalu nyer dirancang dgn betul la..
sebab ada yang student lagi kan.maner boleh main hentam jerk.parah la diorag yg study.
disini aku nak tunjuk kat korang antara koleksi2 gambar kami ber5.
Genting Highland
Fraser's Hill

Pulau Perhentian


*Street Team*


Ni aku nak citer sikit la,
Street Team ni sebenarnya kawan aku sorang ni yang bagi nama,
kitaorg ni tengah cari name team yang sesuai untuk team futsal kami,
tapi bukan main susah lagi nak dapat.
kami ni ada 8 orang kawan yang selalu main futsal sama2 la,
kalau sorang takder macam tak best la plak kan,
antaranyer, (aku sendiri :wan, qalbi, kamil, faiz, zarif, akil, adi, bob).
nak dijadikan cerita la,
team kitaorg ni boleh dikatakan hebat jugak la,
kalau ada team mana2 yang nak ajak kitaorg friendly ker takdahal la,
cuma kami ni susah nak dapat bersama 8 orang,
ada yang study lagi, ada yang kerja,
so nak jumper pun susah ni apalagi nak training kan.
tapi aku percaya, kalau kami selalu training kan,
Street Team ni boleh jadi salah satu team yang digeruni jugak la.
Pendek kata la, kami sangat happy bila bersama,
tak kira la time bila pun.itu jerk yang penting kan.
so next time aku akan try la masuk kan lagi gambar or cerita2 menarik tentang team kitaorg ni,
*STREET TEAM*



Hidup ku bersama satelite

Aku ni bekerja di sebuah company yang menjalankan business about communication. So hari-hari la aku akan tengok satelite ni....
aku dah 2 tahun lebih kerja dekat company ni.ok jugak la.banyak pengalaman yang aku dapat masa aku keje kat sini..antaranya aku kerja sini aku dapat pegi sabah, sarawak, pulau pendek kata habis la satu malaysia aku dah pusing.semua pergi buat kerja.
Aku ingat lagi masa baru masuk kerja lebih kurang april 2007,
baru 2 bulan kerja aku dah kena gi sarawak.
masa tu pengalaman yang paling aku tunggu2 sangat iaitu dapat naik flight dan pergi luar dari semenanjung.
Tapi aku risau jugak mula2 pasal kena pergi sorang la katakan, mana tak nyer, dah la first time pergi sorang2 plak tu..ada berani!!!



Berbalik pada citer aku ni kan...kerja aku install satelite, survey, trobleshoot, maintenance, kiranya dari A-Z la pasal satelite ni aku buat.
Aku belajar bukan la amik kos telco ni tapi mungkin rezeki aku dapat kerja bahagian ni kan...so aku rasa kuat bagus la aku dapat kerja dalam bidang ni....

Sebenarnya aku tak kisah pun dapat kerja apa, cuma aku nak pesan la,
walauapapun jadi kan, kita kena kerja la,
biar kerja tu susah ker apa ker janji kita tak susah kan family kita lagi,
betul tak???